Kalau Puteri ditanya apa yang best kalau bela kucing ni...??? Hmmm...Ada banyak jawapan sebenarnya...Soalan ni berbentuk subjektif dan tiada jawapan yang salah, semuanya betul...Lain orang, lain jawapannya...Kalau soalan ini ditanya kepada 1000 orang, maka 1000 jawapanlah yang kita perolehi...Kalau ditanya kepada sejuta orang, pandai-pandailah kira sendiri....hehehe...
Bagi Puteri, bela kucing ni memang best...Kalau nak ditanya setakat mana bestnya tu, Puteri akan cakap "Best Sangat-Sangat"...Apa benda yang best tu..?? Teruskan membaca yer...
Kalau sehari tak belai kucing, terasa begitu kosong hidup Puteri...Tak tahulah kenapa...Yang pasti, segala keugasaran di hati boleh hilang dan berlalu begitu sahaja walaupun hanya sementara...Saat-saat sebegini amatlah berharga buat Puteri...Mereka boleh menjadi terapi minda dan fikiran yang sedang bercelaru...Membela mereka adalah ibarat membela anak juga...Segala keperluan mereka Puteri tidak abaikan...Puteri tidak menolak pendapat bahawa kos adalah halangan utama bagi sesetengah orang untuk memelihara kucing...Maksudnya, ada segelintir orang yang ingin memberikan yang terbaik untuk kucing-kucing mereka tetapi tidak terdaya...
Kucing yang ada di rumah Puteri ni datang dan dan pergi....Banyak di antara mereka telah pun tinggal bersama-sama tuan yang baru...Apabila banyak kucing di rumah, memang ianya banyak menguji kesabaran, terutama dari segi kos dan kebersihan...Puteri dan keluarga sukakan cabaran itu kerana ianya secara tidak langsung dapat melatih kita menjadi seorang yang penyabar... juga memang tidak terlepas dari dugaan ...Tetapi Alhamdulillah segala permasalahan dapat diselesaikan dengan baik...
Kucing-kucing yang ada di rumah Puteri ni banyak mengajar Puteri erti kehidupan...Mereka mengajar Puteri untuk lebih menghargai nyawa....Mereka adalah di antara guru di dalam kehidupan kita....Puteri pun dulu beri kucing makan makanan yang dibeli di pasaraya-pasaraya...Secara perlahan, Puteri juga belajar selok-belok cara untuk memelihara kucing dengan betul...Keluarga Puteri sudah mula berjimat cermat agar dapat membeli makanan premium untuk mereka...Mula-mula macam tak boleh tapi bila dah buat sekali terus jadi...Bela kucing ini boleh dikatakan sebagai hobi yang hebat di mana ianya mendatangkan manfaat yang amat banyak....Yang paling best, sebarang perbuatan baik ke atas mereka bakal memudahkan perjalanan kita di akhirat.


